Thursday, April 26, 2007

SALAM PERJUANGAN..

dalam kesibukan mengejar hari-hari yang bakal mendatang..kadangkala kita terlupa siapa di belakang kita..jarang sekali ada yang menoleh ke belakang melihat adakah sahabat-sahabat yang masih tinggal di belakang..tanpa rasa bersalah..meneruskan kejaran dengan kata2 sindiran yang berbisa..ingatkah bahawa sahabat yang ketinggalan itu pernah bersama2 pada suatu ketika dahulu?..benarlah kata hikmat..Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian

ingatlah wahai sahabat sekalian..imtihan dah semakin hampir..banyak hati2 yang perlu dijaga..jaga hubungan sesama makhluk Allah..hubungan dengan AL-khaliq jangan diabaikan....sentiasa perbetulkan niat..ingatlah..kita selaku khalifah di muka bumi ALlah swt..amanah yang diberikan jangan disia2kan..semua ini adalah pinjaman..manusia sebagai pelakon di pentas dunia yg bakal mencorakkan keadaan diri sendiri..tiada siapa yang akan dapat merubah nasib kita melain kan diri kita sendiri..

ingatlah wahai pejuang Islam..
bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang menyelaknya..yang mana pembukanya adalah sabar dan penyelaknya adalah malas..

buat akhirnya..salam kemaafan dipohon andainya ada tersalah kata..terlajak bicara..terumpat nista..harapnya dapat dimaafkan..

akhirulkalam..salam perjuangan tanpa noktah..salam manis tanpa gula..
wsalam







No comments: