Saturday, February 25, 2006

ntah aper-aper ntah....

assalamualaik
ntah arinie xde nak wat aper2 sajer jer mengisi blog yg kosong nie..tengah2 bukak suratkahbar utusan..tetiba nampak pulak berita nie..ni rentetan laa dari citer semalam..kalau sayer laa memang wajar jerr digunting tudung bebudak yang pakai tudung mcm xcukup kain tu..tapi yerlah saper laa kiter untuk bercakap benda2 camtu..kan kiter dh banyak kali dikisahkan dengan kisah rasulullah saw yg menceritakan tentang mimpi baginda tentang azab2 di neraka yg kebanyakannya penghuninya adalah PEREMPUAN..ntah laa mcm2 dunia zaman sekarang nie.. teknologi makin canggih..aurat pun makin terdedah..ya ALLAH jauhkan laa aku dari azabmu..
aper ntah cakap tpi yg pastinya meluahkan perasaan laaa nie kesnya..(''.)
bacer laaa yer artikel kat bawah nie.......



Gunting tudung tidak wajar - Najib

PEKAN 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang, Temerloh menggunting tudung 65 pelajar perempuan sekolah itu Rabu lalu sebagai tidak wajar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu bertentangan dengan garis panduan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan lanjut.

``Tak ada paksaan yang boleh dilakukan terhadap murid kerana berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas daripada Kementerian Pelajaran ia sudah cukup jelas dan kita mesti patuh dasar yang telah ditetapkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Anugerah Kecemerlangan 2005 Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kes 65 orang pelajar perempuan sekolah tersebut yang digunting tudung mereka sehingga singkat oleh tiga guru wanita yang merupakan warden asrama sekolah berkenaan.

Kejadian berkenaan berlaku semasa perhimpunan sekolah itu pada Rabu lalu atas alasan para pelajar tersebut memakai tudung berbentuk tiga segi - menyalahi kriteria berpakaian yang telah ditetapkan.