Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang berugama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.
Wednesday, March 29, 2006
GERHANA MATAHARI
Posted by NorAmyliaMustafah at 11:34 AM 0 pandangan membina
ALHAMDULILLAH..
assalamaualaikum
leganya hari nie bila dah adjust blog..tpi satu jer yg saya x paham..kenapa blog saya tak boleh nak tukar warna tulisan..minta pandangan org-org yang pakar minta tolong yer?dah mcm2 dah cuba klik sana..klik sini..tpi xjumpa-jumpa jugak..
setelah sekian kalinya..ramai juga yg berminat nak melayari blog nie..alhamdulillah sambutan menggalakkan..mabruk bagi yang dh berjaya wat blog..jangan lupa kat kite dah laa yer..hehe..
SAlah satu kebesaran ALLAH pada hari ni..iaitu gerhana matahari..alhamdulillah..dapat jugak untuk solat kusuf syams..dah lama dah x solat tu yerlah..bukan nya selalu kan..
ok untuk keterangan lanjut tentang gerhana nie..camna boleh terjadi..akan saya kongsikan bersama sebentar lagi..ok
maasalamah
Posted by NorAmyliaMustafah at 5:55 AM 0 pandangan membina
Tuesday, March 28, 2006
SANTAPAN HALWA TELINGA
Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan.
Namanya Puteri Sheila on 7Eleven.
Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.
Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair.
Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut,
kalau
puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.
Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu.
Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa
puteri
berjumpa dengan
seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika
puteri
dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.
Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.
Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan
bahawa
barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya
pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja.
Kemudian, pertandingan pun berlangsung.....
Muncul lah lelaki yang pertama,
Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki..1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang
paling
keras dalam dunia.
Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal
terbang.
Maharaja : Ok,biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki..1 :Silakan....
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu.
Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu.
Kecewalah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki..2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras
dalam
dunia. Pada masa akan
datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk
memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya
Lelaki..2:Silakan.....
Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut.
Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya.
Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.
seterusnya,lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...
Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir.
Eh!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam
poket
hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta
cuba
memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam
poket
seluar hamba ini...
Maharaja: Hmmmm....Kalau begitu,baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu.
Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket
lelaki
itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu...Mukanya merah menahan malu.
Lelaki itu hanya tersenyum saja.
Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali.
Puteri berlalu dari situ kerana malu.
Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri:Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu
Beta!
Lelaki:Hehehehehehehehehehehe.......
Tapi.....Apakah yang puteri itu pegang?
Kenapa lelaki itu ketawa?
Dan kenapa benda tu tak cair?
Apakah yang korang rasa puteri itu telah pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....
(Sila scroll down...........)
BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DIMULUT,TAK CAIR DITANGAN!
KORANG INGAT APA?
OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH
SEKIAN TERIMA KASIH
SEKIAN SAJA BUAT KALI NIE UNTUK SANTAPAN HALWA TELINGA MALAS NAK TULIS YANG BERAT2 NI COPY PASTE JER..INSYALLAH JUMPA LAGI LEMBARAN
WASSALAM
Posted by NorAmyliaMustafah at 4:01 AM 0 pandangan membina
Saturday, March 25, 2006
Doa Untuk Mendapat Rezeki Yang Halal
Maksudnya : "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha
Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai
Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami
dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan
anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat
dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga
dan para sahabat beliau."
Penjelasan :
Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Sesiapa yang
membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu
kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang
membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas
berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya.
Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri
apa yg diberikan Allah kepadanya.
Doa memohon ilmu yang baik , Rezeki dan Kesihatan
"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang
luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit."
Doa Pemikat
"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun
orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."
Doa Pembuka Rezeki
"Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan
cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !"
Penjelasan:
Telah diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda: "
Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali sesudah
solat Jumaat, kemudian membaca doa tersebut sebanyak tujuh puluh kali,
maka baginya tidak akan mengalami kefakiran"
Sebahagian riwayat mengatakan: " Barangsiapa yg membaca doa di atas,
maka Allah akan mengabulkan kepadanya seratus macam hajat, tujuh puluh
hajat akhirat dan yang tiga puluh lagi hajat di dunia.
Doa Mohon Dijauhkan Daripada Empat Macam Keburukan
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung padaMu dari hati yang tidak khusyuk, doa
yang tidak didengar, jiwa yang tidak merasa puas, dan ilmu yang tidak
bermanfaat. Aku memohon perlindunganMu daripada empat macam keburukan ini.
Penjelasan:
Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardu dan pada waktu
pagi sebelum memulakan aktiviti harian.
Untuk Memudah Sebarang Urusan" Ya Allah! Lembutkan bagi kami pada memudahkan setiap urusan yg
sukar. Maka sesungguhnya memudahkan setiap yg sukar itu amatlah mudah
di sisiMu. Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami serta
ketenangan hati kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan
dunia kami"
Doa Mendengar Petir"Maha Sucilah Allah ! Sesungguhnya petir dan para malaikat bertasbih
memujiNya kerana tunduk kepadaNya"
Doa Mohon Terhindar dari SyirikMaksudnya: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan
sesuatu terhadap-Mu yang aku mengetahuinya, dan aku memohon ampunan
kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku tidak mengetahuinya. "
Doa Panjang Umur" Wahai Tuhanku! Panjangkanlah umurku dalam mentaatiMu dan mentaati
RasulMu, serta jadikanlah kami daripada kumpulan hamba-hambamu yg
soleh (baik)"
Doa Agar Dikasihi Masyarakat
"Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang
mukmin, dan jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka
Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan
Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"
Penjelasan:
Bacalah doa dibawah setiap kali selesai solat fardu . Insyaallah anda
dikasihi dan dicintai masyarakat.
Doa Memohon Perlindungan dari Kesulitan
"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Surah
Al-Anbiyâ':Ayat 87).
Penjelasan:
Doa diatas hendaknya diamalkan selalu agar terlepas dari kesulitan.
Pengajaran tersebut terdapat dari kisah Nabi Yunus ketika beliau pergi
dalam keadaan marah disebabkan umatnya yg tidak mendengar dakwahnya.
Nabi Yunus dipertemukan Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan
ikan besar. Dalam perut ikan tersebutlah Nabi Yunus berasa menyesal
dan berdoa kepada Allah.Doanya dimakbulkan Allah dan dia diselamatkan
Allah, ikan besar itu terdampar di pantai.
Doa Memohon Keampunan
"Ya Tuhanku,! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang
aku tiada mengetahui . Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun
kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan
termasuk orang-orang yang rugi". (QS. 11:47)
Doa Selamat dari Fitnah
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku
berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari
fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah
hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan
hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan
kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan
pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu
dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung
kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu."
Doa Memohon Pertolongan
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah
jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami
dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan
orang-orang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang tak terdaya kami memikulnya.Dan maafkan
kesalahan kami serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada
kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir.
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Penjelasan:
Diriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Mas'ûd, bahawa Nabi Saw. telah
bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah
(ayat 285-286) setiap malam, maka dia akan mendapat keselamatan dari
segala bencana dan dijauhi dari gangguan syaitan.
Doa Memohon Rezeki Dari Setiap Penjuru
Maksudnya :"Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi
Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat Yang Maha
Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab. Luaskan
dan banyakanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dan
perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian dari makhluk, berkat
kemurahanMu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas nabi dan
para sahabat beliau. "
Penjelasan :
Doa ini dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardu sebanyak 7
kali. Khasiatnya, untuk menarik rezeki agar tetap mengalir pada kita.
Doa Untuk Melembutkan Hati Yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, agar lembut hatinya, bacalah
dihadapannya ayat Al-Quran Surah An'Nisaa Ayat 84.
Maksudnya: " Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah
yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha
Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
Ayat Seribu Dinar
Maksudnya:
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di
sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya
Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu."
Posted by NorAmyliaMustafah at 9:40 AM 0 pandangan membina
FIKIRKANLAH WAHAI SAHABAT....
assalamualaikum
kita jumpa lagi kat ruangan blog ni..macam best jerr kalo tiap2 hari update blog..walau xtulis yg berat2..tpi rupa2nya ada jugak org baca citer nenek tua tu yer..syukran laa atas kritikan dan teguran..takut ke??ala tu cuma cerita jer..ada masanya kiter bercerita tentang ilmiah.hal2 isu semasa dan sebagainya yg memerlukan medula oblongata kiter berfikir..ehh betul ker??ntah laa dah lama tinggal sains..bacalah sikit cerita kat bawah nie moga2 dapat dijadikan iktibar..kita selaku azhari dan azhariah pun kadang2 leka dan alpa tentang hubungan kita dengan ALlah dan dan adakalanya kita disibukkan dengan tugas2 harian sebagai seorg pelajar..
Surat Dari Yang lemas
Surat ini dikirim kepada anda oleh seorang teman anda yang hidup di
antara anda dengan cita-cita dan penderitaan yang anda alami. Teman
anda ini terjaga dan secara tiba-tiba mendapati dirinya semakin
tenggelam dan semakin tenggelam. Dia mula menoleh ke kiri dan kanan
penuh cemas…dia dapati ramai daripada kalangan teman-temannya turut
tenggelam. Sempat beliau termenung seketika melihat suasana teman-
temannya turut tenggelam ini. Di dapati kesemua mereka berada di
dalam keadaan dan situasi yang sama.
Kebanyakan mereka telah berkahwin, telah graduate Universiti dan
telah berkerja dengan jawatan tertentu. Lalu lintasan hati menjawab
bahawa sebab beliau dan teman-temannya lemas adalah kerana lemas di
dunia.
Tidurnya dalam keadaan berfikir tentang rezeki, anak-anak,
travelling, bonus dan sebagainya, lalu bangkitnya adalah pada jadual
untuk keluar ke tempat kerja bukannya jadual untuk solat. Didapati
dirinya tidak menjaga solat fajar yang diungkapkan oleh Rasulullah
S.A.W : "dua rakaat di waktu fajar itu lebih baik daripada dunia dan
seisinya" (HR Muslim). Solat-solat biasa pula terlalu jarang
diselubungi kekhusyukkan. Hatinya ditutup seleruhnya oleh dunia.
Ketika beliau berusaha mengingati hari terakhir beliau puasa
sunat, pemikirannya mulai kabur tak dapat menentukan. Ketika beliau
cuba mengingati melam terakhir beliau bertahajjud, di dapati malam
itu adalah pada satu malam di bulan Ramadhan.
Beliau beredar mencari mashaf yang pernah dihadiahkan kepada
beliau suatu ketika dahulu, tiba-tiba didapati Kitab Suci itu
dibaluti oleh debu-debu merah. Pandangannya dialihkan ke meja,
hatinya terguris lagi bagaikan ditusuk sembilu melihat buku-buku
yang tersusun rapi itu bagaikan sedang menangis sebuah aduan kepada
Allah lantaran dipersisihkan. Beliau merenung jauh ke dalam
diri..ternyata zikrullah itu hanyalah di waktu-waktu sempena
tertentu sahaja.
Pada suatu pagi beliau dikejutkan oleh berita kematian
sahabat dekatnya secara tiba-tiba. Tanpa sakit tanpa aduan malah
kesihatan begitu memuaskan. Beliau berserta sanak keluarga dan
sahabat-sahabat mengiringi jenazah teman yang pernah dikasihi
sebelumnya. Tatkala sampai saat jenazah teman itu dimasukkan ke
liang lahad dan ditimbuskan tanah di atas mukanya, tiba-tiba tubuh
beliau menggeletar dan berpeluh sejuk sehingga menyebabkan beliau
terjaga daripada lamunan hidupnya dan terjaga daripada mimpi-mimpi
indahnya selama ini. Beliau mula mengingati bahawa ke liang kubur
yang mengerikandan tanpa teman selain amal soleh ini adalah suatu
yang pasti.
Beliau mula sedar dan mendapati dirinya tenggelam di dunia.
Beliau mula menangisi diri sendiri. Flashback terhadap dirinya
semakin kencang dan jantungnya berdenyut perlahan bagaikan akan
menghadapi suatu kematian. Memorinya menerawang ke alam persekolahan
dahulu ketika mendapat kesedaran terhapad Islam….
Dahulunya beliau seorang yang amat menjaga solat di masjid
terutamanya solat fajar. Quran saiz kecil itu tak pernah lekang
daripada poketnya kecuali ketika ke bilik air. Tidak berlalu satu
minggu melainkan ada hari-hari yang beliau berpuasa. Kesempatan
malam untuk bermunajat terhadap Allah juga turut tidak dilepaskan.
Apa yang telah berlaku!?
Beliau mula mengingati bahawa saat mulai merosot prestasinya
adalah setelah keluar daripada Universiti. Ketika itu, tanggungjawab
kehidupan, bebanan kewangan dan wawasan masa depan mulai memberat.
Beliau mesti menanggung diri sendiri, mesti berkahwin, menyiapkan
rumah. Apabila rumah sudah disiapkan, perlu dilengkapkan pula dengan
peti ais, set perabot, keperluan itu…keperluan ini dan sebagainya.
Mulai prestasi taatnya menurun. Deruan bisikan syaitan terus-
mensrus menghiasi prestasi buruk ini bahawa ~sekejap je…nanti boleh
buat! Akhirnya prestasi buruk ini mulai bertapak di dalam diri
menjadi satu tabiat. Setiap hari sinaran dunia itu semakin menarik
dan menawan. Akhirnya beliau bekerja dari pagi sehingga asar. Beliau
pulang ke rumah untuk makan. Selepas asar beliau turun lagi unutk
tugasan yang lain sehingga isya'. Tugas seterusnya bermula selepas
isya' sehingga pukul 11 atau 12 malam. Beliau pulang ke rumah dan
bermimpi di katil. Beliau tidur untuk bangun pagi dan pergi bekerja
lagi. Begitu hari-hari yang dilalui seumpama ungkapan Hukama' :
"Kita menampal dunia
dengan mencarikkan agama,
maka agama pun hilang,
yang tampal juga tiada"
Yang tinggal lagi bersama beliau hanyalah luarannya sahaja,
itu pun kalau tidak dimusnahkan. Yang tinggal lagi hanyalah solatnya
yang Allah amat tahu setakat mana khusyuknya. Lain-lain masa
keseluruhannya adalah untuk dunia.
Ketika beliau terjaga daripada buaian hidup ini oleh suatu
realiti yang amat pahit beliau sedar bahawa perjalanan selama ini
adalah menuju kehancuran yang pasti. Ketika itu beliau dilanda
gelombang penyesalan dan kesedihan yang begitu besar terhadap diri
sendiri. Beliau mencapai salah satu buku bicara hati dari mini
pustakanya. Didapati para ulama' telah mengenalpasti penyakit ini
semenjak berkurun yang lampau. Menurut Imam Ghazali: "Antara
kepelikan adalah apabila kita inginkan harta di dunia, kita
bertanam, berniaga, merempuh lautan, merentas padang pasir,
berfikir, berjuang dan berpenat lelah demi mencari rezeki kita dan
kita tidak `thiqah' dengan jaminan Allah kepada kita".
Apabila mata kita tamakkan milik kekal dan bermukim, kita
cukup hanya mengungkapkan kepada diri kita: ya Allah ampunilah kami
dan rahmatilah kami. Padahal tempat pergantungan dan sandaran
kemuliaan diri kita sentiasa menyeru kita bahawa: "Tidak adalah bagi
manusia itu melainkan apa yang telah diusahakannya". (an-Najm :
39) "janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh godaan terhadap
Allah". (Fathir :5) "Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan
kamu terhadap tuhan kamu?" (al-Infithar : 6).
Kesemua peringatan itu tidak sedikitpun meyedarkan dan
mengeluarkan diri kita dari dalam lubuk godaan dan angan-angan kita.
Benarlah ungkapan sya'ir yang mengatakan:
"Aku melihat ramai lelaki berpuas hati dengan secebis agama,
sedangkan aku tidak melihat mereka berpuas
hati dengan secebis kehidupan".
Kata Hassan: "Allah merahmati seseorang yang memandang
terhadap dirinya sendiri dan menangisi dosa-dosa yang dilakukannya.
Tiba-tiba sahabat kita ini terbaca satu ungkapan oleh Abu
Darda' seorang sahabat Rasulullah yang sempat bersama generasi
tabien. Abu Darda' melihat dirinya jauh kekurangan berbanding para
sahabat lalu diungkapkan satu nasihat yang dirasakan seolah-olah
menghala kepada dirinya. Katanya:
"Rasulullah S.A.W bersabda: Kalaulah kalian tahu apa yang aku tahu,
nescaya kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis, dunia adalah
terlalu lekeh untuk kalian dan pasti kalian akan melebihkan
akhirat". Kemudian Abu darda' berkata: "Jika kalian mengetahui apa
yang aku tahu nescaya kalian akan keluar ke jalanan menyesali dan
menangisi diri sendiri, meninggalkan harta kalian tanpa pengawas dan
tanpa kembali kepadanya kecuali apa yang diharuri, tetapi malangnya
hati-hati kalian telah hilang ingatannya terhadap akhirat bahkan
didominasi oleh angan-angan. Lantas dunia menguasai amal-amal kalian
dan kalian menjadi seperti orang-orang yang tidak pernah mengetahui.
Setengah kalian menjadi lebih teruk daripada haiwan yang tidak
meninggalkan nafsunya lantaran takutkan akibat perbuatannya. Kenapa
kalian tidak saling berkasih sayang, tidak saling menasihati
sedangkan kalian adalah bersaudara di atas agama Allah. Tidak ada
bezanya antara nafsu-nafsu kalian selain kejelikan kalian. Sekiranya
kalian berkumpul di atas dasar kebaikan pastinya kalian akan saling
berkasih sayang".
"Bagaimana kalian boleh saling menasihati dalam urusan
keduniaan dan tidak saling menasihati dalam urusan akhirat?!!"
"Seseorang itu tidak mampu menasihati orang yang dikasihi
dan membantunya di dalam urusan akhirat lantaran kekerdilan iman di
dalam hatinya. Jika kalian meyakini kebaikan dan keburukan akhirat
sepertimana kalian meyakini pada dunia, nescaya kalian akan
melebihkan tuntutan akhirat kerana ia lebih menguasai urusan kalian.
Jika kalian katakan cinta dunia telah mendominasi. Kami melihat
kalian menuntut dunia yang cepat demi sesuatu yang belum pasti.
Kalian sanggup merempuh kesulitan dan kesukaran dalam mencari
sesuatu agar diperolehi".
"Kalian mencari penjelasan pandangan yang benar di dalam
urusan-urusan dunia kalian dan kalian mengambil pandangan itu dengan
tegas dan serius. Kenapalah kalian begitu gembira hanya dengan
secebis keduniaan yang hilang dari kalian sehingga jelas dari memek
muka serta ungkapan lidah kalian. Kalian namakan itu sebagai musibah
lalu diadakan majlis takziah di atas kehilangan tersebut. Sedangkan
kebanyakan kalian telah meninggalkan agama tetapi tidak sedikitpun
menjejaskan air muka kalian. Tidak ada yang mengeluh kekesalan
meratapi hakisan agama".
Saudara kita ini terkejut dengan sentakan wasiat-wasiat yang
tercatat. Airmatanya mulai menitis kerana merasakan bahawa wasiat
itu adalah untuk dirinya sendiri dan kawan-kawan yang bersamanya.
Pipinya mulai di basahi oleh titisan sendu airmata yang semakin
deras.
Beliau meninggalkan nasihat Abu Darda' yang telah kuat
menggoncangkan hati sanubarinya. Matanya terus meniti ungkapan
nasihat sayyidu tabien Hassan al-Basri yang menasihati orang
ramai: "Wahai hamba yang melarikan diri, kembalilah kepada Tuanmu
yang siang dan malam menyerumu: Barangsiapa yang datang kepada-Ku
dengan berjalan nescaya Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
Padahal anda berpaling daripada-Nya dan menerima yang lain.
Sesungguhnya anda telah rugi yang paling jelik dan paling besar.
Ingatlah wahai orang yang lupa!! Anda adalah hari-hari yang boleh
dihitung. Apabila berlalu satu hari, maka pergilah sebahagian
daripada anda. Dikhuatiri apabila sebahagian yang pergi maka
semuanya akan pergi sedang anda mengetahuinya. Oleh itu beramallah!
Kerana hari ini adalah amal tanpa hisab, sedangkan esok adalah hisab
tanpa amal".
Tubuh beliau menjadi semakin gementar dan suaranya menjadi
semakin menggigil. Tiba-tiba kedengaran alunan ayat suci al-Quran
yang memecah kekalutan jiwanya yang bermaksud: "Apakah belum tiba
masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hatinya
mengingati Allah". (al-Hadid : 16). Beliau melaung sekuat suaranya
sambil menangis…..ya Allah….sekarang ya Allah!!
Kehidupan beliau mulai berubah semenjak saat itu. Beliau
mula menyusun waktu kehidupannya menggantikan hanya sisa-sisa kosong
yang diberikan untuk Allah. Dijadualkan waktu tetap untuk dirinya
membaca al-Quran. Beliau mula menjaga amalan-amalan ketaatan kepada
Allah seperti berpuasa, qiyamullail dan sebagainya. Beliau kembali
semula ke pangkuan kelas-kelas pengajian agama di mesjid-mesjid.
Beliau mula berjinak dengan Allah bahkan ada waktu khusus untuk
bermunajat kepada Allah.
Setelah beberapa ketika, beliau mula memandang kepada
dunianya. Maka didapati dirinya telah meredhai yang sedikit dan ada
barakah pada yang sedikit ini. Seluruh urusan hidupnya adalah untuk
Allah dan meyakini bahawa rezeki itu di tangan Allah.
Beliau memuji Allah kerana telah mula berada di jalan yang
lurus sebelum luput masanya. Tetapi beliau menoleh juga kepada
pengalaman orang lain. Maka beliau berkesimpulan bahawa sesiapa jua
sekalipun dikurniakan ilmu dan taqwa, tidak mampu untuk berjalan
seorang diri melainkan mereka yang dirahmati Allah. Rasulullah S.A.W
bersabda: "Syaitan itu bersama yang keseorangan dan ia dengan yang
berdua itu lebih jauh".
Beliau tahu bahawa setiap `akh' itu mestilah sentiasa
mengharapkan perbaikan diri dan menambah peningkatan agamanya.
Hendaklah berada di dalam lingkungan orang-orang soleh yang berhemah
tinggi di dalam urusan-urusan agama agar dapat saling membantu di
dalam melakukan ketaatan. Saling berpesan untuk selalu berzikir,
berpuasa, qiyamullail, infaq di jalan Allah…dan menjauhi perkara-
perkara yang dilarang. Apabila ada yang lalai, yang lain
mengingatkan.
Beliau mencari manusia-manusia seperti ini yang pernah
disangkanya tidak wujud. Beliau berdoa kepada Allah agar
mempertemukannya dengan golongan tersebut. Tiba-tiba didapati yang
dicarinya wujud hampir dengan dirinya. Cuma matanya terlalu kabur
sebelum ini untuk melihat keindahan peribadi-peribadi itu. Beliau
segera berjumpa dengan mereka dan minta untuk bersama kerana itulah
sahaja yang dapat menyelamatkan dirinya daripada terus tenggelam ke
dasar lautan kesesatan. Namun, luka hatinya sebelum ini masih belum
terubat kerana masih ramai rakan-rakan yang masih tenggelam. Oleh
itu beliau cuba menulis pengalaman pahit ini agar setiap yang
tenggelam akan mulai dapat melihat arah perjalanan hidup
mereka….insyaAllah
Oleh itu saudara-saudaraku. Marilah bersama-sama kita
keluarkan dunia daripada hati kita dan kita letakkan dunia ini hanya
di tangan-tangan kita. Marilah kita memperbaharui janji kita dengan
Allah. Marilah kita berusaha menaiki bahtera penyelamat.
Sesungguhnya sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
Tidak sama orang yang berjaga malam dengan yang tidur.
Dari Abu Hurairah r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda: "Ingatlah sesungguhnya barangan Allah itu mahal, ingatlah
sesungguhnya barangan Allah itu jannah…".
tu antara cerita2 yang dikirimkan oleh seorang sahabt..bila terbaca..kadang2 rasa terkena kat diri sendiri..oleh itu sama2lah kiter muhasabah dan mengkoreksi diri kita sendiri...wallahualam
Posted by NorAmyliaMustafah at 3:03 AM 0 pandangan membina
Friday, March 24, 2006
aduhai....
Assalamua'alaikum...Wbt...
Pernah kah anda terfikir tentang....bagai mane orang islam boleh memjadi
murtad?
".. Pagi hari Islam..petangnya kafir.."
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah
SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan
datang kepada umatku di suatu masa,satu fitnah yang begitu besar
yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak
nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,
pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi
kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya
Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya
dengan nilai dunia".
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di
malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu
perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini
berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan
Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu
dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford
(orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis
berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam
bukunya "International Jew" (tak silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu da
saham
kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya.
Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak embahyang
kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah alam
perang
salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6
yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya
ada ditulis dengan emas di London.
Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah
melakukan kesilapan
besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan
berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang
walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetapmenang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati.
Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang
Islam." Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942.
kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di
tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas
tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang
kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam
Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...semuanya satu demi satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY.
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap
Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang
ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia
bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier
(kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil,
gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam
sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu
siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk
ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu
dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam
lagi.
Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam
gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu
hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent
itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada
masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku
tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke
negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan
meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia
akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam
gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat
kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan
bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia
tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang
formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia
memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus
bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke
atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti,
dapatlah dikatakan
bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu
tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.."
Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu
sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian.
Cara kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak kenal kelab
rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint
John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan
cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara
mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni
mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.
Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan,
dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari
fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada
saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini
semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak
berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat
perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya
kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk
pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara
ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan
akidah kita yag telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan
sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari
Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari
ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi
kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-
hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada
Allah.
Posted by NorAmyliaMustafah at 3:19 AM 0 pandangan membina
Monday, March 20, 2006
ALHAMDULILLAH
alhamdulillah akhhirnya saya diberi kesempatan jugak untuk mencoret sedikit kisah di blog nie..lama dah x tulis apa2..meronta2 hati nie nak tulis..tpi bila melihatkan ramai lagi yang mempunyai urusan yang penting..saya berikan laluan untuk yang memerlukan..saya xnak bahagia atas kegelisahan orang lain..
3 hari yang lepas,saya pulang ke mansurah atas tujuan nak melepaskan rindu ngan akak2 rumah..lama dah xjumpa..masing2 tertanya2..berapa hari jer balik nie??hati tu kadang2 sebak jugak..yerlah..nak dok saner lama2.kat sini ada benda jugak yg lebih penting..rindu jugak ngan kuliah..tpi nak buat camner...ya allah berikanlah aku kekuatan...
disamping tu jugak kepulangan saya ke mansurah kali nie sebab nak dapat KAWAN BARU..dh lama dh berhajat nak beli..kali diizinkan allah kawan baru saya tu dapat dimiliki..tpi kosong lagi laaa...xbanyak pun program..heheheh suspen ker???(",)buat2 faham laaa...
besar tapak tangan nyiru kami tadahkan.begitulah perasaan bilamana jaulah ajkt ngan hewi bkpjm ke mansurah..alhamdulillah berjaya jugak dijalankan walaupun terlambat..syukran jazilan kathira buat yg terlibat dalam menjayakan program jaulah nie..terharu dengan layanan yanng diberikan..memang meriah jugak..dapatla jumpa akak2 ngan kawan2 yg lama dah xjumpa..bukan senang nak kumpul pelajar johor kat mansurah nie..sebabnya kami kat sana x duduk serumah..maka jadilah yg lama xkenal yg baru begitu jugak sebaliknya..maka dengan program nie dapat menjalinkan ukhuwah kiter..betul x??
oklah saya rasa saya dh tulis panjang2 dh nie..insyallah biler ada rezeki saya tulis lagi..
Posted by NorAmyliaMustafah at 9:24 AM 0 pandangan membina
Friday, March 10, 2006
wasiat nenek
ceritanya begini......
Mimah mempunyai seorang nenek yang sedang sakit yang kini terlantar di hospital. Sudah agak lame jugak Neneknye masuk hopital tuh. Pada suatu hari Mimah datang melawat neneknye bersama pakciknye, Pak Man.
Sedang2 mereka melawat Neneknye tuh, Neneknye kelihatan amat sengsare, mulutnye terkumat-kamit, tangannye menggeletar. Lalu Pak Man merapatkan diri dan kedengaran Neneknye itu meminta pen dan kertas. Lalu diberikannya oleh Mimah. Dalam terketar-ketar tuh Neneknye gagahkan jua menulis. Pak Man sangka mungkin Neneknye itu sedang menulis wasiat dan beraggapan tidak elok membaca wasiat orang yang sedang nazak lalu mengambil kertas tersebut dan disimpan di koceknya. Tak lama kemudian Neneknya itu pun menghembuskan nafas yang terakhir.
Dua hari selepas tuh, selepas semuanya kembali seperti sediakala, Pak Man menghimpunkan semua ahli keluarga dengn tujuan hendak membacakan wasiat Neneknya yang telah di amanahkan kepadanya. Antara daripada wasiat itu berbunyi:
"MAN, JANGAN KAU PIJAK GETAH OKSIGEN AKU TUH"..
**Senyum itu pun satu sedekah..Jadi Senyum2 lah selalu...(",)ok sajer jer untuk kali ni nanti sayer sambung lagi ni cuma sebagai hiburan melegakan jiwa yang kosong
"
Posted by NorAmyliaMustafah at 2:51 AM 3 pandangan membina
Monday, March 06, 2006
aper yerkk...
assalamualaikum.bertemu lagi di ruangan blog yg serba canggih nie..walaupun blom diedit..tpi saya nak tulis jugak..walaupun x se'grand org2 lain..tpi insyallah ilmu yang ada akan di parktikkan walaupun sedikit..betul x??memang pun x ler seterer maner..tpi tadi baru jerr ajar akak comot..hehehehe saper lagi..utih ku sayang laaa..xper utih..kiter wat selagi mampu yerr..buktikan..okkk???heheheheeh..bak kater pepatah maner nak dapat sagu kalau x dipecahkan ruyungnyer..aper laaa yang saya melalut nie..cumanya arinie..xbaper sihat jdinya dok kat depan pc pun main hentam jerlah tulis aper..xperlah kan...
oklah sayer rasa xtau nak cakap aper lagi..yg pastinya time tengah2 xsihat nie tetiba pulak teringat kat family..terutamanya kat ummi..rindunyerr...hanya allah jer yang tau..ya allah berilah hambamu kekuatan...amin ya rabbb
wsaslam...(",)
Posted by NorAmyliaMustafah at 1:55 PM 1 pandangan membina
Saturday, March 04, 2006
SABAHUL KHAIR.....
bertemu lagi di ruagan blog yg luas nie hehehe..rasanya tetiba plak kering idea nak create aper..sebab ngah taip2 banyak pulak iklannyer..xperlah biase laa tu kan..lumrah hidup berjemaah..kalo dok sorang-sorang..x campur ngan org..aper yang dapat.betul kan!!rasanya kali ni sayer mals nak tulis pepanjang sebabnyer jap lagi ader kerja yang menanti.hehheeh....nnti laa jumpa lagi yer kat ruangan yang seterusnya..tata.. titi.. tutu...adios...maasalamah
p/s:alfatihah buat allahyarham habib Mohsen ALattas..atas kepulangan beliau ke rahmatullah pada 25 februari yg lalu semoga ALlah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..jasa dan pengorbanannya terhadap alattas hanya ALlah yg membalasnya..sama2 laa kiter doakan..agar ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh..ALFATIHAH..
Posted by NorAmyliaMustafah at 7:29 AM 0 pandangan membina